Pertama-tama saya mengucap syukur kepada Tuhan atas kemampuan yang Dia berikan kepada saya kerana walaupun sibuk dengan pekerjaan setiap hari namun Tuhan telah memberikan peluang bagi saya belajar walaupun sudah ketinggalan di belakang.Walaupun saya lahir dari keluarga Kristen namun pengetahuan saya dalam ilmu kerohanian sangat sedikit.Ini terbukti ketika menjawap soalan2 pilihan dan esie,saya merasa sukar untuk memilih jawapan yang tepat.Banyak ilmu baru yang saya dapat dlm pelajaran DIK,salah satunya mengenai Adam pertama dan Adam kedua.Apa yang mengembirakan saya dan memberi saya semangat untuk mengikuti pelajaran seterusnya adalah ketika diumumkan saya salah satu daripada pelajar PESTA yang telah lulus dan mendapat Sijil.Sijil itu merupakan satu penghargaan bermakna bagi saya. Saya mengucap ribuan terima kasih kepada Tim Pesta yang sentiasa mendorong setiap peserta untuk aktif dalam diskusi DIK yang memberi ruang kepada pelajar untuk mengutarakan jawapan masing2. Sekali lagi terima kasih kepda admin2 Pesta.Semoga Tuhan terus memberkati pelayanan Tim PESTA ini.
↧